Friday, June 5, 2009

Ukhti

Ku karang sajak khas buat ukhti,
Yang berusaha sepenuh hati,
Hidup kaya dengan berdakwah,
Membimbing insan-insan yang imannya lemah.

Ku tertarik dengan Halaqah,
Namun terlalu cepat ku mengalah,
Bukan aku yang berdakwah,
Kepada rakanku yang lemah,
Sebaliknya aku yang tertawan,
Dengan dunia yang penuh perhiasan.

Ajakan untuk ke arah kebaikan,
Ku lupakan,
Nafsu untuk berbuat kemungkaran,
Ku turutkan,
Rakan-rakan bimbingan,
Ku abaikan.

Akibatnya aku jadi lalai,
Hingga mereka terkapai-kapai,
Tanpa sesiapa untuk membimbing,
Kerana diriku yang telah berpaling,
Aku asyik berbuat dosa,
Berbuat kemungkaran didunia,
Astaghfirullah.

Jiwa remaja,
Memberontak inginkan dunia,
Hingga ku lupa,
Pada Pencipta.

Bila dulu, hidupku kelam,
Tanpa cahaya,
Aku inginkan petunjuk dari-Nya,
Namun apabila jalan luas,
Terbentang didepan mata,
Ku jadi buta,
Kerana telah alpa,
Telah termakan hasutan-hasutan yang jahat belaka.

Namun, kasih Allah tetap ada,
Buat setiap hamba-hamba-Nya,
Lalu pertemuan kita diaturkanNya,
Dirimu yang tetap sabar dan berusaha,
Dalam menyampaikan dakwah,
Membuatku tersedar,
Imanku yang sudah lama tercabar,
Akhirnya bangkit semula,
Mengawal semua nafsu yang ada.

Terima kasih ukhti,
Atas segala bimbingan dan nasihat yang diberi,
Tanpa semangatmu yang tak pernah,
Kenal erti mengalah,
Tanpa hidayah dariNya,
Mungkin sampai sekarang,
Aku hanyut dalam gelombang,
Dalam arus hidup yang penuh dosa,
Hidup tanpa keredhaanNya.

Baru sekarang ku merasai,
Ku menghargai,
Kehadiranmu yang amat bermakna sekali,
Dalam hidupku ini.

Ku panjatkan kesyukuran padaNya,
Mensyukuri segala yang diaturkanNya,
Setiap perkara,
Pasti ada hikmahnya,
Hanya kita yang tidak tahu,
Sedangkan Dia Maha Mengetahui.

"Subhanaka la ilma lana illa ma allamtana innaka antal alimul alim"

Kerana rasa bersalah,
Sering menghantui,
Kerana luka akan menjadi parah,
Jika tidak dirawati,
Maka, maafkanlah diriku ini,
Andai telah mengguris hati,
Pemudi sejati,
Yang tegar dalam menegakkan,
Sebuah kebenaran.

Ukhuwwah dan persahabatan kita,
Tak akan ku mengsia-siakannya,
Ukhuwwah fillah abadan abada.


p/s: sajak ini buat semua naqibah yang ku kenali...teruskanlah perjuangan...jangan mengalah walau pun banyak cabaran dan halangan...

No comments:

Post a Comment