Thursday, June 4, 2009

Dai'e

Mampukah aku untuk menjadi seorang pendakwah?
Mampukah aku untuk berkata-kata penuh hikmah?

Seorang pendakwah,
Perlulah dipenuhi dirinya dengan iman,
Dan taqwa.

Seorang pendakwah,
Perlu buang segala sifat mazmumah.

Seorang pndakwah,
Perlu pelajari ilmu-ilmu shari'ah.

Seorang pendakwah berjaya,
Boleh berkomunikasi dengan insan-insan,
Disekelilingnya.


Seorang pendakwah,
Perlu berkata-kata penuh hikmah.

Seorang pendakwah,
Perlulah up to date dengan maklumat terbaru,
Supaya penyampaian ilmu,
Mudah difahami dan diterima mad'u.

Seorang pendakwah,
Perlu bijak menyusun masa.

Seorang pendakwah,
Perlu saling berinteraksi,
Dengan pendakwah lain yang ada disisi,
Supaya pengalaman dapat saling dikongsi.

Seorang pendakwah,
Perlu rajin ke pusat dakwah,
Supaya diri kuat dan tak lemah,
Kerana ilmu yang banyak dikumpul dari sana.

Seorang pendakwah,
Belajarlah dari pendakwah dahulu,
Agar dapat menjadi sehebat mereka,
Dalam menyampaikan kata-kata.

Renungkanlah wahai dai'e sekalian,
Renungkanlah wahai teman.


p/s: sajak ini diolah daripada sebuah artikel oleh muhammadafif1412
daripada laman web iluvislam (www.iluvislam.com)
untuk view artikel tersebut-http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1627

1 comment:

  1. aduh..beratnya kata2 orang ilmuan ni..jenuh nak faham.huh

    ReplyDelete