Friday, May 14, 2010

Memori dan Kenangan...

Memori itu kembali lagi
Tiba-tiba terasa pilu di hati
Segala perasaan yang dipendam
Tiba-tiba terluah tanpa kawalan

Kenangan itu menyakitkan
Kehilangan itu memilukan
Kenape bila kita sudah mula serasi
Kau dah jauh meniggalkan aku seorang diri

Benar katamu dulu
Kehilangan seseorang itu
Bukan erti tanda noktah dalam hidup ini
Tapi baru permulaan kepada sesuatu yang tidak diketahui lagi

Ingat lagi ke?
Saat-saat gembira kita
Senyumanmu yang ceria itu
Tak pernah ku lupa

Ingat lagi ke?
Saat kita sedih bersama-sama
Hanya dirimu yang menjadi peneman duka
Melayan rintihanku sehingga penat dan terlena

Ingat lagi ke?
Pada saat tiada riak di wajah kita
Muka pasang mode selamba segala
Dan dirimu yang memecah kesunyian tahap giga
Dengan lawakmu yang ntah apa-apa…

Sahabat
Kenapa terlalu awal kita berpisah?
Terasa baru sahaja kau ada bersama-sama
Namun dalam sekelip mata dirimu sudah tiada nyawa
Diam membisu tanpa kata-kata
Tiada lagi senda gurau darimu
Tiada lagi teman pengelap air mata
Tiada lagi sahabat yang menceriakan suasana

Memang aku akui benar
Allah lebih menyayangi mu
Namun rasa hati ini sudah tawar
Tiada lagi teman yang dapat mengganti tempatmu

Hanya doa sebagai ganti
Apabila teringat pada mu
Hanya doa sebagai penghubung terkuat diri
Antara aku dan dirimu

Semoga semua dosamu diampunkan
Semoga engkau tergolong dalam golongan ahli syurga
Dan segala kenangan bersama kita akan diabadikan
Dalam doaku yang tak akan putus sampai bila-bila