Friday, May 29, 2009

Ya Allah,
janganlah kau ujiku dengan ujian,
Yang tak mampu untukku menahan.

Ya Allah,
Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu,
Berilah kesudahan terbaik buat diriku.

Ya Allah,
hatiku takut akan kesepian,
Janganlah tinggalkan aku keseorangan.

Ya Allah,
Hatiku ini tiada siapa yang dapat mendengar,
Tiada siapa yang memahami,
Tapi ku sedar,
Bahawa Engkau Mengetahui.

Monday, May 25, 2009

Wanita di zaman ini?...

Setiap langkah ku didunia
Dipenuhi katakutan tak terhingga
Takut akan segala dosa
Yang dilakukan oleh saudara seagama


Dimanakah kecantikan wanita
Dimanakah perhiasan dunia
Yang menutup aurat
Berlandaskan syariat


Ke mana telah mereka menghilang
Ku lihat dunia sekarang
Dipenuhi mereka yang merendahkan
Nilai seorang wanita beriman
Memakai tudung tetapi terbuka
Menampakkan segala bentuk dada
Ku lihat wanita tidak menjaga syariat
Memakai tudung menutup aurat
Tetapi duduk berduaan
Berpegangan tangan
Dengan lseorang elaki
Yang ajnabi.
Apakah yang telah berlaku?
Tidakkah mereka malu?


“Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”. (Hadis)


Ku lihat wanita
Berlebihan Menghiasi diri mereka
Make up tebal menghias diri
Bukan untuk suami
Untuk apakah semua itu
Perhiasan murahan untuk ditatapi?


“…Putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…”(Surah Al-Ma’idah 5:48)


Ku lihat saudara ku
Hanyut dengan kemewahan
Seronok dengan kesenangan
Hingga lupa pada Pencipta
Hidup macam langsung tiada agama
Lupa pada balasan di alam ‘sana
Kerana hidayah bagai telah lari dari mereka


Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya, dengan kembali (taat) kepada-Nya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah, “Bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka”. (Surah Az-Zumar 39: 8)


Ku lihat bila menjelang raya
Bukan ibadah bulan Ramadhan yang difikirnya
Tetapi pakaian apa
Yang mengisi ruang fikiran mereka
Membeli belah berbulan-bulan
Sebelum tiba ramadhan
Alangakah indah dan baiknya
Jika waktu itu diisi dengan ilmu agama
Ilmu tentang ibadah yang ingin dibuat nanti
Sewaktu ramadhan tiba lagi
Tetapi mereka tetap lalai dan lupa
Mereka beragama
Tapi solat sengaja di lupa
Kerana asyik memilih kain
Mereka lupa perkara yang lain
Yang lebih penting
Adakah mereka Muslimah?


“Katakanlah (Muhammad): ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertqwalah kepda Tuhanmu.’ Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”
(Surah Az-Zumar 39:10)


Ku lihat juga saudaraku
Walau pedih mataku memandang
Memakai baju yang jarang
Ada pula yang ketat
Yang mampu menaikkan syahwat
Pada mata-mata lelaki yang melihat
Juga ada yang memakai pakaian
Kain tidak cukup panjang dilengan
Hanya tiga suku sahaja
Walaupun tudung ada di kepala



Sabda Rasulullah saw: “Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


Ku terpandang jua
Pada mereka yang dengan bangganya
Memperlihatkan aurat mereka
Berjalan dengan megah
Dengan skirt yang separas lutut sahaja
Terlihatlah hasil ciptaan Tuhan
Kaki mereka habis diperlihatkan
Ciptaan Tuhan khas buat wanita
Kaki yang putih, gebu dan sempurna
Tidak dijagai mereka
Tidak mereka lindungi ia
Dari pandangan yang liar


Ku lihat wanita
Semakin hilang ilmu agama
Bila ade majlis agama
Tidak tahu membaca ayat-ayat Yang Maha Esa
Mungkin bagi mereka
Quran hanyalah lambang keagamaan
Tapi tidakkah mereka sedar
Quran itulah petunjuk yang benar
Menyinari langkah kehidupan didunia ini
Untuk mencapai kebahagiaan di akhirat yang pasti
Ku sedih melihat mereka
Hidup tanpa arah yang nyata


Ku lihat saudara ku
Ditipu dan dipermain kan kaum lelaki
Kononnya mereka saling mencintai
Padahal mereka hanya mainan di waktu lapang
Bila sudah bosan, maka mulalah berperang
Bergaduhan dan akhirnya putus jua ikatan
Yang dikatakan percintaan
Tidakkah mereka ingat
Cinta yang kekal abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi?
Apa guna message setiap masa
Call bila waktu malam menjelang tiba
Apa faedah keluar bersama-sama
Berpegangan tangan
Berpeluk sakan
Apa guna menyerahkan
Kesucian
Jika akhirnya
Ia berakhir jua
Ikatan percintaan seperti itu tidak kekal selamanya
Ia hanyalah nafsu semata
Ikatan yang dikeji Allah juga


“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.
(Surah An-Nahl 16:96)


Wahai saudaraku
Bukalah matam
Lihatlah dunia ini
Hanya seketika sahaja
Yang kekal adalah alam ‘sana
Hidayah perlu dicari
Maka siapkan lah diri
Dengan segala bekalan yang perlu
Agar tidak dirimu
Diseksa
Dimasukkan ke neraka
Dibakar dengan api yang membara


“Katakanlah, ‘Sesunggunya aku takut akan azab pada hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku’” (Surah Az-Zumar 39:13)


Ingatlah muslimah yang beriman
Ingatlah wahai saudaraku sekalian
Kita hanyalah perhiasan dunia
Yang mampu menggoncang iman
Maka jagalah kecantikan
Yang diberi pada kita
Oleh Pencipta
Agar tidak kita merosakkan
Kaum-kaum adam yang beriman
Biarlah kita menjadi
Qudwah hasanah
Sehingga kaum adam mendapat hidayah


“Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari”. (Riwayat At-Tabrani)

Wednesday, May 20, 2009

Ketenangan?...

ku mencari-cari...
sebuah ketenangan di hati...
namun tak dapat ia ku miliki...
kerana ia semakin menjauhi...
jauh dari diriku ini...

Monday, May 18, 2009

Perjuangan menuntut ilmu...

Ya Allah,,
Peliharalah diriku,
Daripada leka dengan perhiasan dunia,
Sehingga mengabaikan tanggungjawabku,
Sebagai seorang pelajar yang setia.

Siang dan malamku,
Hanyalah untuk mencari keredhaan-Mu,
Akanku bersungguh-sungguh menuntut ilmu,
Dengan berbekalkan semangat yang jitu.

Ya Allah,
Ku tahu masaku hampir tiba,
Tak akan ku bazirkan masaku,
dengan perkara yang tidak berguna,

Akan ku jadikan ilmu,
yang ku ada,
sebagai bekalan untuk bertemu-Mu.

Ya Allah,
Jadikanlah aku,
Seorang pelajar yang penuh semangat,
Sehingga dapat menyumbang ilmu,
Yang penuh manfaat.

Aku ingin menjadi,
seseorang yang berkeperibadian tinggi,
Seperti Nabi Junjungan yang ku cintai.

Aku ingin menjadi ahli pemikir,
Yang hebat dan dihormati,
seperti Imam al-Razi.

Aku ingin menjadi pelajar yang dipandang tinggi,
dihargai dan dikasihi,
seperti Imam al-Ghazali.

Ya Allah,
Andaikata aku lalai sehingga terjatuh,
Maka sedarkanlah diriku ini,
Jadikanlah aku seorang insan,
Yang punya semangat utuh,
Tak mudah mengaku kalah,
Dalam perjuanganku untuk menuntut ilmu.

Ya Allah,
Terangkanlah hatiku,
Tingkatkanlah daya pemahamanku,
Serta kuatkanlah ingatanku,
Agar aku dapat membina diri,
menjadi pelajar yang dihormati,
kerana tingginya nilai ilmu,
yang Engkau berikan padaku.

Sepertimana firman-Mu,
"niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan"
~(Surah al-Mujaadilah 58:11).

Ya Allah,
Dalam perjalananku sabagai seorang insan,
Yang mengejar cita-cita dan segunung harapan,
Seorang insan yang bergelar graduan,
Jauhkanlah diriku dari sifat yang Engkau benci,
Seperti sifat riak, takbur dan bangga diri.

Ya Allah,
Andai ia terlintas dihatiku ini,
Maka maafkanlah diri yang penuh kekhilafan ini.

Ya Allah,
Makbulkanlah doaku ini,
Hanya pada-Mu ku meminta,
Ya Rabb, Yang Maha Agung,
lagi Maha Berkuasa.

Thursday, May 14, 2009

Buat Sahabatku...

Satu nasihat dan peringatan,

Buat sahabatku sekalian.


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Kau merasa kecewa,

Sedih dan hampa,

Dan perasaanmu terluka,

Janganlah merasa kosong di hati,

Jangan pula kau cepat membenci,

Geram hingga mencaci maki,

Ingatlah Allah sentiasa menemani,

Setiap waktu dalam kehidupan kita ini.

Janganlah bersedih hati,

Kerana Allah selalu ada di sisi.


“Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”.

(Surah At-Taubah 9:40)


Sahabatku,

Hati yang dimiliki,

Adalah seperti suatu nadi,

Yang berdenyut setiap hari,

Mengarah setiap perbuatan kita ini,

Ingatlah kata-kata Nabi Junjungan yang dikasihi:

Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Dirimu tersungkur,

Jangan cepat engkau akur,

Jangan cepat mengaku kalah,

Tetapi, bangunlah,

Dan teruskan langkah,

Ingatlah firman Allah:


“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,

Sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman”.

(Surah Ali Imran 3:139)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Seseorang menyakiti hatimu,

Sehingga parah,

Jangan cepat kau marah,

Tapi banyakkanlah bersabar,

Kerana Allah menyukai insan yang penyabar.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar”.

(Surah Al-Baqarah 2:153)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Engkau jatuh sakit,

Jangan cepat mengadu kerana

Merasa perit,

Tapi bersabarlah dengan ujian itu,

Sungguh, ia hanya untuk menguji dirimu,

Kerana Allah sentiasa menguji,

Orang-orang yang Dia sayangi.


“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”.

(Surah Al-Baqarah 2:214)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Kau putus cinta,

Jangan marah kepada-Nya,

Atas apa yang berlaku pada dirimu,

Ingatlah bahawa semua itu berlaku,

Kerana Dia menyayangimu,

Inginkan dirimu dipenuhi kebaikan,

Hidup dalam kehidupan,

Yang penuh keredhaan,

Jauh dari maksiat dan dosa,

Jauh dari segala fitnah dunia,

Terpelihara,

Dari segala kemungkaran yang ada.


“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.

(Surah An-Nahl 16:96)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Perasaan hatimu menyuruh diri,

Menyakiti orang sesuka hati,

Dek kerana rasa benci,

Janganlah kau lakukan,

Janganlah menambah keperitan,

Pada hatimu yang kekeringan,

Nur atau cahaya iman.


Daripada Abu Hamzah bin Malik r.a. :

Rasulullah saw bersabda:

“Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga kasih ia kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sahabatku,

Jangan engkau menuruti kata hati,

Jika kemungkaran yang disuruh buat,

Ingatlah malaikat yang ada di sisi,

Mencatit setiap amalan yang dibuat.


“Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat)”.

(Surah Al-Qaf 50:18)


Ingatlah bahawa setiap kemungkaran dan dosa,

Yang dilakukan oleh kita,

Aka nada balasan yang setimpal dengannya,

Sebagaimana firman-Nya:


“Barangsiapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya”.

(Surah Al-Fussilat 41:46)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Kau merasa sepi,

Tiada siapa yang menemani,

Atau menasihati,

Tiada siapa yang membimbing diri,

Dan kau rasa hidupmu tiada erti,

Berjalan keseorangan,

Dalam kehidupan,

Yang kau rasakan penuh cabaran,

Sangat payah dan susah segala ujian,

Maka selalulah kau jadikan diri,

Sentiasa mengingati Ilahi,

Banyakkanlah bersabar,

Ujian selalunya mengajar,

Erti ketabahan,

Dalam kehidupan.


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

(Surah Al-Baqarah 2:155)


Banyakkanlah berdoa,

Mohon pada-Nya,

Hanya Dia yang dapat menghilangkan,

Segala kepayahan.


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran”.

(Surah Al-Baqarah 2:186)


Sahabatku yang disayangi,

Jangan lupa untuk muhasabah diri,

Jangan lupa untuk mengingati mati,

Agar kau akan sentiasa sedar,

Dimana kedudukanmu yang sebenar,

Agar kau tak leka,

Dan tak taksub dengan segala,

Perhiasan dunia.


“Sesunggunhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya”.

(Surah Al-Kahf 18:7)


Sahabatku,

Jika petunjuk didepan mata,

Jangan engkau menjadi buta.


“ Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada”.

(Surah Al-Hajj 22:46)


Sahabatku,

Janganlah kerana terlalu asyik dengan,

Kesenangan dan perhiasan dunia,

Hingga kau lupakan Pencipta.


“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, niscaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, niscaya dia berputus asa”.

(Surah Al-Isra’ 17:83)


Sahabatku,

Andaikata suatu hari nanti,

Hidayah datang mengetuk pintu hati,

Jangan engaku menolaknya,

Ingatlah firman-Nya:


“Ini (Al-Quran) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhannya, mereka akan mendapat azab berupa siksaan yang sangat pedih”.

(Surah Al-Jasiyah 45:11)


Sahabatku,

Nasihatku yang terakhir buatmu,

Adalah supaya engkau sentiasa mengingati,

Sentiasa menyedari,

Andaikata kau semakin jauh dari-Nya,

Maka ingatlah kembali siapa Pencipta.


“dan (aku telah diperintah), “Hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang musyrik”.

(Surah Yunus 10:105)


Ingatlah wahai sahabatku,

Siapa Yang Maha Berkuasa,

Sungguh, hanya Dia,

Yang dapat menyembuhkan penyakit yang ada,

Dalam hati dan dada.


“Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”.

(Surah Yunus 10:57)


Sahabatku,

Renungkanlah segala nasihatku,

Semoga engkau akan diberi petunjuk oleh-Nya,

Semoga senantiasa,

Dan selalu hidup dalam keredhaan-Nya,

Semoga dilimpahkan dengan rahmat dari-Nya,

Insya Allah,

Ukhuwwah fillah abadan abada,

Jazakallahu khoiran qasira.

Pencarian..

Telah ku serah,
Hatiku pada-Mu, Ya Allah,
Kerana itulah cinta sebenar,
Cinta yang tak akan tersasar.

Dalam pencarian seorang suami,
Ku mencari,
Dia yang dekat pada-Mu, Ya Allah,
Dia yang taqarrub billah,
Ku mencari dia,
Yang beriman dan bertaqwa,

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti".
(Surah Al-Hujurat 49:13)

Ku mencari,
Dia yang sentiasa ditarbiah,
Dia yang hidup berhalaqah,
Dia yang kuat ukhuwwah,
Dia yang thiqoh.

Ku mencari,
Dia yang dapat membimbing diri ini,
Mengajarku erti,
Hidup berlandaskan syar'ie,
Hidup dalam mardhotillah,
Hidup dalam keredhaan-Mu, Ya Allah.

Hatiku hanya milik-Mu, Ya Rabbi,
Pada-Mu, ku serahkan pencarian ini,

"Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasul-Nya, dan berkata 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap pada Allah' ".
(Surah At-Taubah 9:59)

Jika dia yang ku cari,
Ada dekat dengan diriku ini,
Maka satukanlah hati-hati ini.

Supaya dakwah dapat diteruskan,
Supaya syariat-Mu dapat terus ditegakkan,
Yang berpunca dari sebuah penyatuan,
Sebuah hasil kekeluargaan.

"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka, berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu".
(Surah Al-Baqarah 2:148)

Jadikan dia dan diriku,
Bertemu atas dasar cinta pada-Mu,
Cinta untuk ditarbiah,
Cinta untuk berdakwah.

Kerana cinta,
Cita-cita tercipta,
Ingin menjadi murobbi,
Ingin menjadi da'ie,
Bersama-sama perjuangkan bersama suami,
Barulah diri terjaga dan dilindungi,
Dari segala fitnah duniawi,
Yang mungkin akan menimpa diri.

"Laki-laki itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberi nafkah dan hartanya...".
(Surah An-Nisa' 4:34)

Ya Allah,
Terbuku di hatiku ini,
Dalam pencarian seorang suami,
Ku ingin mencari dia yang bijaksana,
Berhikmah dalam berbicara,
Ku mencari dia yang berilmu,
Supaya dia dapat membimbingku,
Ku mencari dia yang penyabar,
Tak menyelesaikan masalah dengan bertengkar.

"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri) nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu".
(Surah An-Nisa' 4:1)

Ku mencari dia yang tabah,
Tetap teguh walaupun rebah,
Ku mencari dia yang penyayang,
Supaya rumah tangga dipenuhi kasih sayang,
Ku mencari dia yang memikat hati,
Pandai memujuk diri,
Supaya bila ku merajuk,
Dia pandai memujuk.

"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum 30:21)

Namun,
Apakan daya,
Semua yang ku inginkan,
Mungkin hanyalah impian dan kenangan,
Yang tak akan menjadi kenyataan,
Tapi milik-Mu adalah segala ketentuan,
Akanku terima,
Dengan hati yang pasrah dan redha.

Wednesday, May 13, 2009

Selawat...

Mendengar alunan selawat,
Menenangkan hatiku yang resah,
Sedihku terubat,
Hilang segala punca masalah.

Sungguh aman ku rasa,
Bagai tiada kerisauan,
Rasa lapang didada,
Sungguh tenang perasaan.

Thursday, May 7, 2009

Ummi...

Ummi...
Ingin sekali
Ku ucapkan padamu
'Aku sayang dirimu'

Namun
Setiap kali pun
Lidah ku kelu
Tak terucap olehku
Kata-kata sebegitu

Aku pandang wajahmu
Yang semakin hari semakin tua
Rupa wajahmu
Sayup pandangan mata

Ku lihat dirimu
Semakin lemah, tak berdaya
Ingin ku dakap dirimu
Bimbingi langkah pergerakanmu

Namun
Aku tak mampu
Diriku
Tetap tegak berdiri
Diriku
Tetap diam membisu
Membiarkan masa
Berlalu begitu sahaja

Alangkah bahagianya
Jika suatu hari nanti
Kita kan rapat kembali
Seperti dulu

Ummi
Aku rindukanmu
Engkaulah satu-satunya
Permaisuri di hati
Satu-satunya ibu
Yang ku sayangi...


Selamat Hari Ibu Buatmu....

Monday, May 4, 2009

Buat abang yang ku rindui...


Ku mencari bayanganmu
Didalam mimpiku

Aku sentiasa menantikan
Waktu malam yang penuh kegelapan

Supaya aku dapat bertemu
Satu-satunya insan yang ku rindu

Sudah lama kita tak bertemu
Terpisah oleh jarak dan waktu
Tiada jodoh untuk bersua
Walaupun kau ku cari sedaya upaya

Pulanglah
Aku sentiasa menanti
Kedatanganmu akan ku rai
Kerana dirimu adalah insan
Yang ku tercari-cari
Selama ini