Sunday, February 28, 2010

Maafkan ku teman...

Diriku hanyalah insan biasa,
Mungkin banyak kesilapan dilakukan tanpa sedar,
Maafkan ku teman andai sering menyakiti mu,
Ku harap persahabatan kita tetap segar...

28 Feb 2010...

Bagai hujan,
Jatuh berderai,
Sama seperti ku punya impian,
Dengan mudah terlerai.

Matlamat yang ada,
Akankah ia kekal menanti disana?
Atau mngkinkah ia kan berubah?
Terus bertukar arah?

Ku jatuh di persimpangan jalan,
Adakah jalanku salah?
Atau aku hanya mangsa keadaan?
Tapi dalam hati, ku tetap pasrah.

Impian, matlamat dan realiti kehidupan,
Sangat sukar untuk ditelan,
Kehidupan sentiasa penuh rintangan,
Namun akankah semangatku terus bertahan?

Monday, February 8, 2010

Life goes on even if it hurts to move on

Menghentikan waktu seketika
Mengembalikan masa
Untuk merawat hati yang luka

Terhenti kata-kata
Kerana keberanian yang tidak nyata

Terhenti satu kisah
Yang membuatkan hati resah

Perjalanan disambung semula
Setelah yang pahit dilupa

Pengalaman yang ditimba
Akan dikenang untuk selamanya


“Life goes on even if it hurts to move on”