Saturday, January 9, 2010

Frenzzz...

Dalam mengejar sebuah impian,
Ku membina segunung harapan,
Ku berusaha untuk ke hadapan,
Dan ku temui persahabatn di pertengahan jalan.

Sahabat,
Jika hari ini terasa indah,
Mungkinkah kau yang menjadi penyebabnya?

Sahabat,
Jika hari ini ku mengalirkan air mata,
Tentunya bukan kerana kecewa,
Tapi kerana sayangnya diriku pada persahabatan kita.

Sahabat,
Jika ku mampu menzahirkan perasaan ini,
Akan ku bentangkan kenangan bersama kita,
Kenangan yang tak akan hilang di ingatan ini,
Kenangan yang akan membuat kita tersenyum bersama.

Sahabat,
Kecewaku kerana kehilanganmu,
Gembiraku kerana berada di sampingmu,
Kekuatanku kerana sokongan darimu,
Dan ceriaku kerana senyumanmu.

Sahabat,
Jika ku mampu,
Akan ku cuba untuk mengekalkan,
Persahabatan yang terindah buatku,
Terima kasih atas segala pengorbananmu...