Monday, May 25, 2009

Wanita di zaman ini?...

Setiap langkah ku didunia
Dipenuhi katakutan tak terhingga
Takut akan segala dosa
Yang dilakukan oleh saudara seagama


Dimanakah kecantikan wanita
Dimanakah perhiasan dunia
Yang menutup aurat
Berlandaskan syariat


Ke mana telah mereka menghilang
Ku lihat dunia sekarang
Dipenuhi mereka yang merendahkan
Nilai seorang wanita beriman
Memakai tudung tetapi terbuka
Menampakkan segala bentuk dada
Ku lihat wanita tidak menjaga syariat
Memakai tudung menutup aurat
Tetapi duduk berduaan
Berpegangan tangan
Dengan lseorang elaki
Yang ajnabi.
Apakah yang telah berlaku?
Tidakkah mereka malu?


“Jalan syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”. (Hadis)


Ku lihat wanita
Berlebihan Menghiasi diri mereka
Make up tebal menghias diri
Bukan untuk suami
Untuk apakah semua itu
Perhiasan murahan untuk ditatapi?


“…Putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…”(Surah Al-Ma’idah 5:48)


Ku lihat saudara ku
Hanyut dengan kemewahan
Seronok dengan kesenangan
Hingga lupa pada Pencipta
Hidup macam langsung tiada agama
Lupa pada balasan di alam ‘sana
Kerana hidayah bagai telah lari dari mereka


Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya, dengan kembali (taat) kepada-Nya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah, “Bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka”. (Surah Az-Zumar 39: 8)


Ku lihat bila menjelang raya
Bukan ibadah bulan Ramadhan yang difikirnya
Tetapi pakaian apa
Yang mengisi ruang fikiran mereka
Membeli belah berbulan-bulan
Sebelum tiba ramadhan
Alangakah indah dan baiknya
Jika waktu itu diisi dengan ilmu agama
Ilmu tentang ibadah yang ingin dibuat nanti
Sewaktu ramadhan tiba lagi
Tetapi mereka tetap lalai dan lupa
Mereka beragama
Tapi solat sengaja di lupa
Kerana asyik memilih kain
Mereka lupa perkara yang lain
Yang lebih penting
Adakah mereka Muslimah?


“Katakanlah (Muhammad): ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertqwalah kepda Tuhanmu.’ Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”
(Surah Az-Zumar 39:10)


Ku lihat juga saudaraku
Walau pedih mataku memandang
Memakai baju yang jarang
Ada pula yang ketat
Yang mampu menaikkan syahwat
Pada mata-mata lelaki yang melihat
Juga ada yang memakai pakaian
Kain tidak cukup panjang dilengan
Hanya tiga suku sahaja
Walaupun tudung ada di kepala



Sabda Rasulullah saw: “Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)


Ku terpandang jua
Pada mereka yang dengan bangganya
Memperlihatkan aurat mereka
Berjalan dengan megah
Dengan skirt yang separas lutut sahaja
Terlihatlah hasil ciptaan Tuhan
Kaki mereka habis diperlihatkan
Ciptaan Tuhan khas buat wanita
Kaki yang putih, gebu dan sempurna
Tidak dijagai mereka
Tidak mereka lindungi ia
Dari pandangan yang liar


Ku lihat wanita
Semakin hilang ilmu agama
Bila ade majlis agama
Tidak tahu membaca ayat-ayat Yang Maha Esa
Mungkin bagi mereka
Quran hanyalah lambang keagamaan
Tapi tidakkah mereka sedar
Quran itulah petunjuk yang benar
Menyinari langkah kehidupan didunia ini
Untuk mencapai kebahagiaan di akhirat yang pasti
Ku sedih melihat mereka
Hidup tanpa arah yang nyata


Ku lihat saudara ku
Ditipu dan dipermain kan kaum lelaki
Kononnya mereka saling mencintai
Padahal mereka hanya mainan di waktu lapang
Bila sudah bosan, maka mulalah berperang
Bergaduhan dan akhirnya putus jua ikatan
Yang dikatakan percintaan
Tidakkah mereka ingat
Cinta yang kekal abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi?
Apa guna message setiap masa
Call bila waktu malam menjelang tiba
Apa faedah keluar bersama-sama
Berpegangan tangan
Berpeluk sakan
Apa guna menyerahkan
Kesucian
Jika akhirnya
Ia berakhir jua
Ikatan percintaan seperti itu tidak kekal selamanya
Ia hanyalah nafsu semata
Ikatan yang dikeji Allah juga


“Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.
(Surah An-Nahl 16:96)


Wahai saudaraku
Bukalah matam
Lihatlah dunia ini
Hanya seketika sahaja
Yang kekal adalah alam ‘sana
Hidayah perlu dicari
Maka siapkan lah diri
Dengan segala bekalan yang perlu
Agar tidak dirimu
Diseksa
Dimasukkan ke neraka
Dibakar dengan api yang membara


“Katakanlah, ‘Sesunggunya aku takut akan azab pada hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku’” (Surah Az-Zumar 39:13)


Ingatlah muslimah yang beriman
Ingatlah wahai saudaraku sekalian
Kita hanyalah perhiasan dunia
Yang mampu menggoncang iman
Maka jagalah kecantikan
Yang diberi pada kita
Oleh Pencipta
Agar tidak kita merosakkan
Kaum-kaum adam yang beriman
Biarlah kita menjadi
Qudwah hasanah
Sehingga kaum adam mendapat hidayah


“Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari”. (Riwayat At-Tabrani)

No comments:

Post a Comment