Ku takut hidup dipenuhi dosa
Namun walau puas ku menepisnya
Tetap ia datang menerpa
Menjadikan ku takut tak terhingga
Fikiranku telah ku jaga
Supaya sentiasa memikirkanMu, Ya Allah
Hatiku telah ku kunci serapatnya
Kerana ianya hanyalah untukMu jua
Dan untuk insan yang mendekatkan ku padaMu
Untuk insan yang membimbingku
Setiap langkahanku
Penuh tanda ingatan padaMu
Pada siapa yang telah menjadikan bumi
Yang telah mencipta tanah untukku berpijak
Setiap pandangan ku
Ku jagai ia dengan sepenuhnya
Jangan melihat sembarangan
Kerana ku tahu mata
Adalah salah satu punca
Untuk manusia membuat dosa
Setiap pergerakan tanganku
Ku gerakkan ke jalanMu
Ku jadikan ia sentiasa
Jihad keranaMu, Ya Allah
Setiap tutur kataku
Adalah yang paling ku takuti
Takut jika tersalah ucapanku
Maka dosa dan azabMu menanti
Ku
Namun ia tetap muncul dalam kehidupan
Kadangkala, bilaku telah berjaya menepis nya
Syaitan akan
Insan disekelilingku semua
Agar mereka pula mengajak ku
Untuk berbuat kemungkaran di dunia
Ya Allah
Ku tak pernah menyalah
Aku pasti akan tetap berdoa
Agar Engkau berikan hidayahMu
Terangi hati mereka dengan keimanan pada Mu
Ya Allah
Lindungilah diriku ini sentiasa
Jauhi lah diriku daripada
Berbuat kemungkaran dan dosa
Terangilah hatiku
Jangan Engkau tutup hatiku
Jangan jadikan diriku hidup tanpa cahaya
Jangan jadikan aku berjalan tanpa arah
Sebaliknya Ya Allah
Bimbingilah aku ke jalan yang benar
Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa
No comments:
Post a Comment