Thursday, April 16, 2009

Cabaran musim cutiku...

Bila cuti menjelang tiba,
Aku menjadi takut,
Takut akan hidup yang penuh dosa,
Takut amalan dan imanku akan tergugat sama.

Tiada siapa yang membimbing disisi,
Tiada siapa yang menasihati diriku ini,
Bagaimana akan ku lalui,
Ujian sepanjang cuti ini?

Hijabku terpaksa diubah,
Lantas diriku gelisah,
Kerana iman yang rasa tercabar,
Membuat hatiku seringkali resah.

Imej muslimah,
Tak akan ku ubah,
Akan ku pertahankan,
Walau banyak sindiran,
Yang terpaksa ku telan,
Walau aku dipaksa berubah,
Aku tetap tak akan mengalah,
Walau imanku rasa tercabar,
Akan ku tetap bersabar,
Ku yakin ini hanya ujian,
Untuk menguji orang-orang yang beriman.

Ya Allah,
Permudahkanlah jalanku,
Jadikanlah aku terus bertahan,
Tidak terpengaruh oleh nafsu,
Sebaliknya, akan ku pertingkatkan iman
dan amalan.

Ya Allah,
Sungguh, jalan yang ku pilih,
Sangat banyak ujian dan cabaran,
Namun akan ku tetap teguh mempertahankan,
Syariat-Mu,
Perintah-Mu.

Ya Allah,
Berilah petunjuk dan cahaya hidayah,
Buat insan-insan yang imannya lemah,
Aku hanya mampu mengajak dan menasihati,
Hidayah-Mu, hanya Engkau yang berhak memberi.

Ya Allah,
Kuatkanlah juga diriku ini,
Agar dapat ku habisi,
Hari-hari sepanjang cutiku kali ini,
Dengan mengajak keluarga,
Rakan-rakan dan jiran,
Ke arah kebaikan,
Ke arah jalan yang diredhai-Mu.

No comments:

Post a Comment