Wednesday, April 15, 2009

Antara cita-cita dan cinta...

Antara cita-cita dan cinta,
Yang mana akan ku kejar?.

Akan ku kejar cinta,
Jika ianya adalah cinta kepada-Nya,
Cinta tulus ikhlas hanya pada Yang Maha Esa,
Kerana aku ingin berada di syurga.

Akan ku tinggalkan cinta,
Yang tidak berguna,
Bersifat sementara,
Dari manusia yang alpa,
Yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Akan ku jahitkan angan-angan,
Akan ku sulami ia dengan cita-cita,
Hingga ia menjadi sebuah kenyataan,
Menjadi satu realiti yang nyata.

Jadi, antara cita-cita dan cinta,
Yang mana akan lebih ku puja?
Yang mana akan ku pilih jua?

Tentulah aku,
Memilih cinta pada-Mu.

Jika aku mengejar cinta pada-Mu,
Engkau akan sentiasa bersamaku,
Jika ku cari cinta sejati,
Tulus ikhlas hanya untuk-Mu, Ya Rabbi,
Engkau akan menerangi,
Setiap langkah perjalanan hidupku ini,
Sehingga aku dapat mencapai,
cita-cita yang suci,
Untuk berada di syurga-Mu yang abadi.

Namun jika cinta dunia semata,
Aku tak nak terlibat dengannya,
tak nak hidup dibelenggu rasa bersalah,
Dimana nafsu menang dan imanku kalah,
Aku tak nak hidup tanpa arah,
Tanpa tujuan,
Dan tanpa panduan.

Jika hanya cita-cita pula yang ku kejar,
Hanya dunia yang ada,
Apa yang akan ku dapat akhirnya,
Akankah ku bahagia?
Ia tak memuaskan rasa,
Tak merawat duka,
tak membantu hati yang kecewa.

Jadi,
Dengan tekad di hati,
Aku memilih cinta pada-Mu, Ya Rabbi.


No comments:

Post a Comment