Cinta itu datang tiba-tiba
Tanpa diduga
Tanpa dipinta
Hatiku mula beralih arah
Luka dulu terubat jua
Rasa sakit itu semakin hilang ntah ke mana
Ku menyukainya tanpa perlu dipaksa
Sekali pandang seakan-akan telah kenal lama
Namun sepertinya aku lupa di mana
Jika cinta itu indah
Telah ku temui keindahan rasa itu padamu
Jika cinta itu menenangkan hati
Telah ku jumpa ketenangan hati ini
Jika cinta itu hadirnya secara tiba-tiba
Ku akui ianya benar belaka
Kerana telah kau curi hatiku hanya
Pada pandangan pertama
Tetapi sekalipun ianya begitu
Andai masa nya belum lagi
Cukuplah sekadar mencintai dalam hati
Kerana ku takut terluka lagi
Cukup sekadar mengingati mu dalam doa
Tak perlu manis berkata-kata
Tapi akhirnya melanggar janji setia
Andai cinta ini benar wujud dalam hatiku
Biarkan ianya tidak diketahuimu
Cukup sekadar di dalam hati
Kerana ku ingin menjagai diri
Mungkin nanti bila masanya tiba
Andai jodoh itu ada
Akan terjawab juga segalanya
Akan terluah juga semua rasa