Tuesday, February 1, 2011

Semakin Aku Berfikir, Ternyata Allah Semakin Ada

Ya Allah...Ya Rabbi...
Tanpaku sedari aku begitu jauh menganiayai diri,
Ketika aku asyik bergelumang dengan maksiat,
Ketika aku hanyut dalam kejahilan,
Kata-kata menghinamu sentiasa di hati ini,
Tanpa sedikit pun rasa bersalah,
Tidak terlintas di jiwa,
Semua ini hanya sementara,

Tuhanku...
Tanpa aku sedari kesesatan ini semakin menghitamkan jiwa ini,
Namun betapa hinanya diri ini,
Setiap detik berlalu dengan kasih sayang-Mu padaku,
Engkau sentiasa mengasihi dan menyayangiku
Apakah yang telah membutakan mata hatiku,
Tanpa aku sedari semua kenikmatan ini adalah dari-Mu,

Tuhanku...
Ku mendengar kisah kekasih-Mu,
Sepertiga malam berlinangan air mata,
Bertahlil, bertasbih, beristighfar...memohon keredhaan-Mu,
Sejujur hatiku masih tak mampu menjadi seperti mereka,
Sedangkan diriku adalah sebaliknya,
Tidak pernah tangan ini menadah kepada-Mu,
Saat aku sedar telah melupai-Mu,
Seketika aku menjadi malu kepada-Mu,
Jasadku menggigil kerana takut kepada-Mu,

Ya Allah...
Kekasih-Mu sahaja yang takut kepada-Mu,
Bagaimana denganku saat bergelumang dengan dosa?
Dimana kedudukanku di hadapan-Mu?
Adakah aku yang paling hina...Ya Allah???





~ Diambil dari buku "Cogito Allah Sum!" dalam bhsa Indonesia oleh
Lalu Mohammad Zaenudin yang tlh diterjemah dan diterbitkan kembali olh
Global Aksara Communication, Kuala Lumpur dgn tajuk
"Semakin Aku Berfikir, Ternyata Allah Semakin Ada...Cogito Allah Sum!"...

No comments:

Post a Comment