Tuesday, September 15, 2009

Pertama Kali...

Pertama kali tika menjejakkan kaki ke bumi,
Ku berjalan dengan penuh rasa rendah diri,
Menyedari ada yang lagi hebat dari diri ini,
Ku sedar Tuhan adalah yang lebih berkuasa,
Tiada Yang Maha Berkuasa melainkan Dia,
Dialah Pencipta alam semesta...

Pertama kali ku merasai,
Dekatnya pada Ilahi,
Ketika air mata membasahi pipi,
Dan ku berdoa tidak henti-henti,
Sujud ku ikhlas kerana Ilahi,
Hati ku jelas mengakui,
Tiada yang selayaknya disembah,
Melainkan Allah...

Betapa butanya hatiku,
Betapa kelamnya hidupku,
Sebelum ku menemui cahaya Mu,
Betapa sesatnya jalan ku selama ini,
Sebelum ku benar-benar beriman pada Ilahi...

Inilah pertama kali ku menyedari,
Ku telah melalui jalan yang salah selama ini,
Namun ku bersyukur pada Mu,
Yang tidak henti-henti memberi hidayah padaku,
Menunjukkan ku arah yang benar ke jalan Mu,
Alhamdulillah, Ya Allah,
Ku telah menemui jalan Mu,
Jalan yang benar...

No comments:

Post a Comment