Kenangan yang lalu di imbas kembali
Indahnya kehidupan yang dikurnia Ilahi
Setiap perkara yang berlaku
Pasti ada pengajaran baru bagi diriku
Pernah ku tersalah jalan dalam agama
Lalu Engkau memberiku cahaya
Dalam kegelapan ku menemui satu keimanan
Yang kini terpahat kuat di hati beserta keyakinan
Pernah jua ku kufur nikmat
Tak sedar siapa diri setiap saat
Hingga Engkau memberiku balasan
Yang membuatku kini bersyukur tanpa batasan
Kerana Engkau telah mengajarku
Supaya sentiasa mensyukuri pemberianMu
Pernah jua ku berkasar bahasa
Pada kedua orang tua
Lalu terus ku jatuh sakit
Ya, memang waktu itu sangat perit
Lalu ku belajar untuk menghormati mereka
Dan kini ku sedar siapa diri tanpa ibu bapa
Dilukai, dibohongi oleh rakan-rakan
Sudah menjadi asam garam kehidupan
Ia mengajarku untuk menyayangi mereka
Memberi nasihat buat sesiapa yang terleka
Ia mengajarku supaya memaafkan
Dan supaya dendam dilupakan
Banyak lagi kisah diri
Namun yang penting adalah apa yang dipelajari
Setiapnya ada hikmah tersendiri
Mengapa manusia masih tak sedar lagi?
Allah sentiasa menyayangi kita
Adakah kita sentiasa ingat padaNya?
9 years ago
No comments:
Post a Comment