Sunday, July 19, 2009
Indah
Kagumnya diriku pada semua ciptaan
Sungguh indah dan memberi ketenangan
Biru di lautan dan hutan yang kehijauan
Subhanallah
Besarnya kuasaMu, Ya Allah
Indahnya ciptaanMu
Sering membuat ku sedar
Bahawa diriku hanyalah hambaMu
Hikmah dalam kehidupan...
Indahnya kehidupan yang dikurnia Ilahi
Setiap perkara yang berlaku
Pasti ada pengajaran baru bagi diriku
Pernah ku tersalah jalan dalam agama
Lalu Engkau memberiku cahaya
Dalam kegelapan ku menemui satu keimanan
Yang kini terpahat kuat di hati beserta keyakinan
Pernah jua ku kufur nikmat
Tak sedar siapa diri setiap saat
Hingga Engkau memberiku balasan
Yang membuatku kini bersyukur tanpa batasan
Kerana Engkau telah mengajarku
Supaya sentiasa mensyukuri pemberianMu
Pernah jua ku berkasar bahasa
Pada kedua orang tua
Lalu terus ku jatuh sakit
Ya, memang waktu itu sangat perit
Lalu ku belajar untuk menghormati mereka
Dan kini ku sedar siapa diri tanpa ibu bapa
Dilukai, dibohongi oleh rakan-rakan
Sudah menjadi asam garam kehidupan
Ia mengajarku untuk menyayangi mereka
Memberi nasihat buat sesiapa yang terleka
Ia mengajarku supaya memaafkan
Dan supaya dendam dilupakan
Banyak lagi kisah diri
Namun yang penting adalah apa yang dipelajari
Setiapnya ada hikmah tersendiri
Mengapa manusia masih tak sedar lagi?
Allah sentiasa menyayangi kita
Adakah kita sentiasa ingat padaNya?
Sunday, July 12, 2009
Doaku
Ku takut diriku akan kembali seperti dulu
Ya Allah
Ku minta padaMu untuk memberiku kekuatan
Kuat untuk tetap berada di jalanMu
Lalu Engkau memberiku ujian demi ujian
Mampukah diriku untuk mengharungi ujianMu?
Ya Allah
Kuatkanlah semangatku untuk menghadapi ujian ini
Tanamkanlah sifat sabar ke dalam hati ku ini
Dan jadikanlah diriku tabah untuk menghadapi semua ini
Ya Allah
Ku mohon padaMu agar ampuni dosa-dosa ku
Dan jika kesakitan ini adalah balasan untuk dosa-dosa ku yang lalu
Ku redha menerima ujianMu
Yang ku harapkan hanyalah keampunan dariMu
Ya Allah
Jadikanlah setiap waktu dalam hidupku
Dipenuhi perkara-perkara yang bermanfaat
Agar tidak akan ku bazirkan masaku
Walaupun sesaat
Ya Allah
Jadikanlah ku teguh dijalan dakwah
Walaupun diriku lemah
Namun akan ku berjuang sehabisnya
Kerana redhaMu yang ku harapkan jua
Hanya ini yang dapat ku sumbangkan
Kerana panjang perjalanan hidupku masih dalam persoalan.
Saturday, July 11, 2009
Cari?...
Ku sentiasa cari sinar bahagia
Namun kesedihan yang bertandang jua
Ku cari semangat untuk meneruskan langkah
Namun ku terasa ingin mengaku kalah
Ku cari didalam diri dimana kekuatan
Namun yang ku rasa hanya lah kelemahan
Ku punya ramai teman
Tapi diriku sebenarnya merasa keseorangan
Ku hidup tanpa tahu masa depan
Dan ku rasa lebih baik begitu supaya diriku tidak ketakutan
Masih ada waktu lagikah untuk diri ini?
Apa yang perlu ku lakukan di saat ini?
Wednesday, July 8, 2009
Sahabatku...
Kerana kau lah pemberi semangat,
Disaat aku berasa ingin putus asa,
Kau menyokongku agar terus berusaha.
Disaat ku keseorangan,
Kaulah yang sentiasa menjadi peneman,
Bila diriku ketakutan,
Kaulah yang memberi ketenangan.
p/s: buat semua rakan2 terutama rumate2 ana...gem,deb n gha...=P
Sunday, July 5, 2009
Sembuh?
Tak mungkin ku menjadi sepenuhnya sihat seperti dulu,
Andaikata ku tiada harapan untuk sembuh,
Maka akan ku pergi meninggalkan segalanya yang disisiku.
Seringkali ku memikirkan persoalan ini,
Yang mana satu adalah takdir buat diri?,
Seringkali ku merasa takut,
Semangatku juga semakin surut.
Ku mengerti janji Allah itu pasti,
Hanya usaha dan tawakal yang mampu ku buat untuk diri ini.
Jika ini kesempatan terakhir buatku,
Hanya pengampunan-Mu akan menjadi cita-cita ku.
Ya Allah,
Berilah kesudahan terbaik buat diriku ini,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Friday, July 3, 2009
Harapan...
Dalam sekelip mata,
Banyak perkara telah berubah
Bagaikan tak percaya
Ujian buatku semakin berat dan susah
Bagaimana harus ku teruskan langkah
Kadang-kadang ku rasa lemah
UjianMu berat bagiku untuk menanggungnya
Namun ku mengerti setiap yang berlaku ada hikmahnya
Ku harus kuat untuk menghadapi ujian kali ini
Harapan ku agar jalanku masih terang disinari mentari
Agar aku tidak tersesat di saat ini
Harapan ku adalah untuk dekat pada Ilahi